fbpx

Hasrat PATI Indonesia mahu pulang tak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMBILAN PATI Indonesia ditahan di bahu jalan ketika ingin pulang ke Indonesia melalui jalan yang tidak sah.

KUALA LUMPUR- Hasrat sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ingin pulang secara tidak sah ke negara asal tidak kesampaian apabila ditangkap pasukan keselamatan.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan memaklumkan, sembilan PATI Indonesia itu ditahan pukul 11.40 pagi semalam di sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia oleh Pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja.

“Pada pukul 11.40 pagi, kumpulan rondaan yang diketuai oleh Kapten Ifdalhidayat Amirsharifuddin telah mengesan sekumpulan orang yang mencurigakan sedang berjalan di bahu jalan semasa melaksanakan rutin rondaan di sekitar kawasan Kolam Udang Agriculture, Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor.

“Kumpulan rondaan bertindak menahan kumpulan tersebut dan pemeriksaan dilakukan mendapati mereka seramai sembilan orang terdiri daripada tujuh lelaki dan dua perempuan berusia antara 21 hingga 42 tahun merupakan PATI warga negara Indonesia yang ingin pulang ke Indonesia melalui laluan yang tidak sah,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan malam semalam.

Katanya, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 5,556 melibatkan wang tunai pelbagai jenis matawang, dua utas jam tangan serta lapan buah telefon bimbit.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Pos Tuan Sheh, Tanjung Sedeli, Johor untuk dibuat pemeriksaan dan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Bandar Mas sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sedili Kecil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI