fbpx

Serah nombor TAC, RM3,000 melayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SYALMIZI HAMID

SEBERANG PERAI – Gara-gara menyerahkan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) kepada individu tidak dikenali, seorang wanita di Kepala Batas di sini kerugian RM3,000 selepas ia dipindahkan dari akaun miliknya semalam.

Suri rumah berusia 28 tahun itu dipercayai menjadi mangsa penipuan Macau Scam selepas menerima panggilan daripada individu terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, menerusi panggilan itu, individu berkenaan memaklumkan dia telah tersilap mendaftar maklumat akaun bank menggunakan nombor telefon mangsa.

“Mangsa diminta untuk menyerahkan nombor TAC yang diterima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Dia yang tidak mengesyaki taktik penipuan itu tanpa berfikir panjang terus memberikan nombor TAC tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas menerima SMS berikutnya daripada pihak bank yang memaklumkan bahawa wang sebanyak RM3,000 di dalam akaunnya telah dipindahkan kepada akaun bank pihak lain.

Menurut Noorzainy, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI