fbpx

Benevento tak gentar jumpa Inter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN Inzaghi menyuntik semangat Benevento dalam usaha mencipta kejutan ke atas Inter pada aksi Serie A awal pagi esok. – AFP

BENEVENTO, Itali – Penyerang Benevento Calcio, Roberto Insigne melaungkan keyakinan dia dan rakan-rakan sepasukannya tidak gentar berdepan Inter Milan menje­lang aksi Serie A di Stadium Ciro Vigorito awal pagi esok.

Benevento yang dikendalikan legenda Itali, Filippo Inzaghi, mendapat suntikan semangat selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk melakar kemenangan 3-2 ke atas Sampdoria pada Ahad lalu.

Insigne menegaskan, jika mereka menampilkan aksi sama ketika menewaskan Sampdoria, tidak mustahil Benevento mampu melakar kejutan terbesar ke atas Inter.

“Selepas menang ke atas Sampdoria, kami terus memberikan fokus sepenuhnya untuk aksi menentang Inter. Kami tahu Inter sebuah pasukan yang sangat kuat, namun ia sama sekali tidak menggentarkan kami.

“Kalau kami lakukan tugas masing-masing dan bermain sama seperti bertemu Sampdoria, tidak mustahil kami mampu untuk meraih keputusan positif,” kata Insigne.

Sementara itu, Insigne turut memuji kredibiliti Inzaghi selain mengakui kehadiran bekas pengendali AC Milan itu telah membuatkan pasukan tersebut berjaya menampilkan prestasi membanggakan.

“Beliau seorang jurulatih yang baik dan sentiasa berada dalam keadaan tenang. Inzaghi memiliki perancangan tersendiri dalam setiap perlawanan dan ia semenangnya memberi kelebihan kepada kami,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI