fbpx

Arteta enggan salahkan Lacazette

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LACAZETTE menekup mukanya kerana menyedari telah mensia-siakan peluang terbaik untuk meraih keputusan positif buat Arsenal. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan, kekecewaan barisan pemainnya kerana menyedari mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menewaskan Liverpool selepas tewas 1-3 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Arteta, 38, enggan menyalahkan pe­nyerangnya, Alexandre Lacazette yang mensia-siakan dua peluang keemasan kerana ia sekurang-kurangnya mempu memastikan Arsenal menamatkan aksi tersebut dengan keputusan seri.

Kekecewaan jelas kelihatan pada riak wajah Lacazette yang menekup mukanya selepas penyerang antarabangsa Perancis itu dikeluarkan dan digantikan oleh Eddie Nketiah pada minit ke-73.

“Semua orang boleh lihat dia (Lacazette) memiliki pe­luang terbaik untuk menjadikan kedudukan 2-2 tetapi percubaannya dinafikan penjaga gol lawan. Saya tidak boleh me­nyalahkannya kerana secara keseluruhan dia sudah bermain baik dalam perlawanan ini.

“Pemain-pemain saya sa­ngat marah dan kecewa dengan kekalahan ini. Saya memang mahu melihat mereka seperti ini apabila berdepan keputusan yang mengecewakan kerana ia boleh meningkatkan motivasi untuk perlawanan seterusnya.,” kata Arteta.

Sementara itu, beliau percaya ia bukannya sesuatu yang mudah untuk mencuri tiga mata daripada Liverpool, le­bih-lebih lagi apabila beraksi di laman keramat pasukan tersebut.

“Semua pemain tahu bahawa Anfield adalah salah satu venue yang sangat sukar. Ketika kami berpeluang menjadikan kedudukan 2-2, kami gagal memanfaatkannya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI