fbpx
Keratan Kosmo! 26 September 2020.

Dendam kontrak bina kilang punca dua ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Tidak ber­puas hati berkaitan kontrak pembinaan kilang dan pembersihan dipercayai menjadi punca seorang ahli perniagaan dan pengawal peri­badinya cedera ditembak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok di Banting pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal mendapati, suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang mendapat kontrak berkenaan.

“Perkara itu terbongkar selepas polis melakukan soal siasat ke atas 12 individu termasuk penembak yang diberkas selepas kejadian itu.

“Ahli geng 21 itu tidak ber­puas hati kerana ahli perniagaan (mangsa) yang cukup dikenali di daerah ini mendapat kontrak tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berita berkaitan: Cubaan bunuh depan sekolah

Menurut Azizan, siasatan mendapati kedua-dua mangsa yang cedera tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap.

Kedua-dua mangsa juga telah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru di bahagian tulang belakang.

Polis menahan tujuh lagi anggota Geng 21 dalam beberapa siri tangkapan di sekitar daerah ini pada Sabtu dan Ahad lalu menjadikan seramai 19 orang diberkas setakat ini.

Kosmo! pada 26 September lalu melaporkan dua suspek bersenjata api yang menunggang motosikal mengekori sebuah BMW sebelum nekad melepaskan sembilan das tembakan ke arah pemandu dan penumpang ken­deraan berkenaan.

Kejadian pada pukul 12.45 tengah hari itu turut menyebabkan tiga pelajar sekolah cedera dirempuh kereta tersebut yang terbabas.-K! ONLINE

 

POPULAR