fbpx

2,070 orang pegawai perubatan disambung kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima kelulusan untuk menyambung kontrak secara ‘one-off’ bagi 2,070 orang Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi selama enam bulan lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, penyambungan kontrak tersebut membabitkan jumlah peruntukan RM81 juta ditanggung menerusi peruntukan Kumpulan Wang Covid-19 (Tabung Covid-19).

“Kementerian Kesihatan menerima makluman bahawa Kementerian Kewangan pada 18 September lepas telah bersetuju meluluskan penyambungan kontrak secara ‘one-off’ enam bulan lagi bagi penjawat berkenaan.

“Kelulusan ini adalah sebagai tambahan kepada kontrak enam bulan sedia ada yang diberikan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kelulusan tersebut melibatkan 79 Pegawai Perubatan yang telah melengkapkan khidmat wajib sahaja kerana telah mengikuti latihan siswazah di luar negara.

“Selain itu, 852 Pegawai Pergigian dan seramai 1,139 Pegawai Farmasi yang telat menamatkan latihan atau khidmat wajib,” katanya.

Sementara itu, Adham berkata, penyambutan kontrak itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan bagi membolehkan pegawai meneruskan penyampaian perkhidmatan di fasiliti kesihatan di bawah KKM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI