fbpx

PKR hormati keputusan rakyat Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung semalam.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR berharap proses pembentukan kerajaan Sabah dikemudi dengan aman, bijaksana dan penuh hikmah.

“Saya ucap tahniah kepada Warisan Plus khususnya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah memenangi 23 kerusi DUN, DAP memenangi enam kerusi dan UPKO memenangi satu kerusi.

“Tahniah juga diucapkan buat Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew di atas kejayaan PKR Sabah mempertahankan dua kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar seterusnya menyeru semua semua pihak termasuk pimpinan parti supaya akur dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam isu saringan dan kuarantin Covid-19.

Kata beliau, peningkatan mendadak kes Covid-19 terutama jangkitan dalam komuniti amat membimbangkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI