fbpx

Mohd. Shafie beri jaminan tetap bela nasib rakyat Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shafie

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyatakan beliau dan seluruh barisan ahli serta kepimpinan parti akan terus bekerja untuk rakyat Sabah.

Menurut beliau, seluruh barisan pimpinan dan ahli Warisan Plus akan tetap memastikan nasib setiap rakyat negeri itu terus dibela dan dipertahankan.

“Sepanjang kita berjelajah ke seluruh negeri, sudah pasti keluhan dan perkara yang telah dikongsikan oleh rakyat Sabah yang saya kasihi kekal menjadi pendorong dan semangat saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua jentera Warisan Plus yang bekerja bertungkus-lumus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI