fbpx

Jiwa kental Nur Amira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Amira mahu peniaga muda jangan mudah berputus asa.

DIKURNIAKAN pakej serba lengkap sebagai wanita seper­ti bertubuh langsing dan kulit sempurna bak model ternama, siapa sangka gadis muda ini berani mencabar diri dengan menceburi industri perkapalan usai tamat pengajian.

Baru meniti usia 24 tahun April lalu, pemilik nama Nur Amira Azman begitu optimis terhadap cabang perniagaan yang diceburinya kini.

Walaupun hasrat untuk menjadi ahli sains selepas tamat pe­ngajian peringkat ijazah dalam bidang itu di Dublin, Ireland tidak kesampaian, namun Nur Amira tidak pernah menyangka laluan kerjayanya jauh tersasar daripada apa yang diimpikan.

Gadis muda kelahiran Pulau Pinang itu terlebih dahulu membina nama dalam bidang kosmetik bermula awal tahun 2018 sebelum melibatkan diri dalam industri perkapalan.

Kosmo! Ahad: Bagaimana Nur Amira berjaya membina empayar perniagaan pada usia muda?
NUR AMIRA: Dorongan dan bimbingan berterusan daripada ibu merupakan kunci utama bagi saya menceburi dan mengasaskan empayar perniagaan.

Boleh terangkan jenis dan produk yang dikeluarkan?
Bagi kosmetik, saya me­nge­luar­kan produk jenama Glamo­ritz. Bagi perkapalan pula, saya membaiki serta menjual komponen kapal layar.

Bagaimana Nur Amira me­nguruskan perniagaan tersebut secara serentak?
Selain perlu bijak membahagikan masa, saya perlu mempunyai pasukan yang cekap.

Selain perniagaan, apakah aktiviti lain Nur Amira?
Saya gemar menambah ilmu dan menghadiri kelas atau kursus perniagaan.
Pada masa sama, saya turut melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan.

Hobi Nur Amira ketika waktu lapang?
Berenang dan membaca. Selain itu, saya juga gemar mencuba resipi masakan terbaharu.

Anak keberapa dan perwatakan sebenar dalam keluarga?
Anak sulung daripada dua beradik dan sangat manja dalam keluarga.

Siapa yang mendorong Nur Amira untuk berniaga?
Ibu saya yang mendorong saya untuk terlibat dalam bidang ini.

Impian Nur Amira untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Menjadi usahawan yang diiktiraf khususnya dalam bidang kosmetik.

Cabaran menguruskan empayar perniagaan.
Ditipu pihak pembekal serta kerugian bahan mentah dalam jumlah yang sangat banyak dan sukar yakinkan pe­langgan dise­babkan faktor usia muda.

Nasihat untuk anak muda yang berminat berniaga.
Berniaga merupakan sunah yang dianjurkan Rasulullah SAW dan 90 peratus punca rezeki datang daripada perniagaan.
Bagi generasi muda yang minat berniaga, jangan sesekali cepat putus asa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI