fbpx

APMM rampas syabu RM11.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dadah jenis syabu yang dirampas APMM di perairan Langkawi pada Jumaat lalu.

Oleh NUR AMALINA AZMAN

LANGKAWI – Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup syabu mampat dianggarkan bernilai RM11.3 juta dalam Op Eagle Eye di kedudukan 2.3 batu nautika timur laut Tanjung Kemarong dekat sini pada Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah memberitahu, syabut seberat kira-kira 56.5 kilogram (kg) itu cuba diseludup dari negara jiran yang menjadikan perairan Langkawi sebagai transit antarabangsa bagi aktiviti penyeludupan dadah.

“Bot Kilat APMM berjaya mengesan pergerakan mencurigakan sebuah bot kayu dengan dua orang suspek dari sempadan negara jiran melalui perairan berdekatan Tanjung Kemarong kira-kira pukul 1 pagi Jumaat lepas.

“Anggota cuba mengejar bot kayu itu selama hampir 40 minit sebelum kedua-dua suspek bertindak nekad dengan terjun ke dalam laut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Jalan Bukit Malut di sini hari ini.

Kata beliau, APMM kemudian berjaya menghentikan bot tersebut dan hasil pemeriksaan menemui dua bagasi hitam disorok di bawah pukat dan batang kayu di bahagian hadapan bot berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dua bagasi itu menemui 51 bungkusan teh cina yang dibalut plastik lutsinar mengandungi hablur berwarna putih disyaki dadah jenis syabu,” ujarnya.

Menurut Mohd. Zawawi, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan apabila usaha anggota Bot Kilat mencari dua suspek yang terjun ke dalam laut tidak ditemui ekoran cuaca buruk dan laut bergelora.

“Operasi masih diteruskan kerana kedua-dua suspek dipercayai warga Thailand masih belum ditemui sehingga hari ini,” jelasnya.

Tambahnya, rampasan itu melibatkan nilai dadah paling tinggi pada tahun ini bagi APMM Negeri Kedah dan Perlis dengan jumlah keseluruhan rampasan dadah yang cuba diseludup pada tahun ini sebanyak RM14.4juta.

“Hasil rampasan dan bot suspek dibawa ke Jeti APMM di Bukit Malut dan akan disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI