fbpx

Tidak perlu polemik kenyataan Presiden UMNO – Tuan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Oleh ZULKIFLI MANZOR

KUALA LUMPUR – Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung sokongan Ahli Parlimen UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dipolemikkan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Ahmad Zahid bahawa beliau tidak boleh menyekat mana-mana Ahli Parlimen UMNO yang mahu menyokong Anwar adalah hakikat.

“Memang itu hakikatnya kerana kalau sekat pun, seseorang Ahli Parlimen boleh mengisytihar jadi Bebas atau sokong siapa dia mahu sokong,” katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memohon penjelasan UMNO berhubung perkara itu juga tidak perlu dipolemikkan.

Menurut beliau, Pas sebagai rakan Muafakat Nasional (MN) perlu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada UMNO dalam mesyuarat bersama, bukan hanya berdasarkan maklumat pihak luar atau media sosial.

“Oleh kerana ramai nak tengok MN berpecah, kerana ‘bila kapal pecah, (ikan) Yu yang kekenyangan’. Kita harap kenyataan Anwar ini ibarat biduk yang lalu, nanti kiambang akan bertaut kembali,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada dakwaan Anwar telah memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu adalah benar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI