fbpx

Seorang pelajar Kolej Tunku Kurshiah dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kolej Tunku Kurshiah

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

SEREMBAN – Seorang pelajar Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek dekat sini dikuarantin selepas menjadi kontak rapat bapanya yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah baru-baru ini.

Pengetuanya, Anismah M. Noh berkata, lelaki itu bersama isteri dan dua lagi anaknya datang ke sekolah itu pada 19 September lalu untuk menghadiri program Town Hall dan Hari Pelaporan.

Katanya, pihak sekolah menetapkan ibu bapa dari Kedah dan Sabah tidak dibenarkan hadir program itu tetapi lelaki itu masuk ke kolej untuk menghantar isterinya.

“Dia bersama dua lagi anaknya kemudiannya pergi ke sebuah pasar raya di Nilai sebelum datang kembali ke kolej untuk menjemput isterinya dan menghantar anaknya yang belajar di tingkatan satu di kolej ini ke asrama.

“Di dalam kereta dia sentiasa memakai penutup muka dan tidak bersalaman dengan anaknya. Jangka masa mereka bertemu juga singkat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, pelajar itu diasingkan serta merta dan tidak menunjukkan sebarang gejala seperti batuk dan selesema.

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah datang ke kolej semalam dan membawa pelajar itu ke pusat kurantin di Institut Aminuddin Baki di Bandar Enstek di sini selama 14 hari.

“Susulan itu aktiviti yang melibatkan bilangan pelajar yang ramai di kolej telah dibatalkan dan proses sinitasi di kelas serta asrama pelajar terlibat telah dijalankan,” jelasnya.

Sementara itu, Kolej Tunku Kurshiah menerusi akaun Facebook mereka hari ini memaklumkan, keputusan “swab test” pertama pelajar tersebut adalah negatif.

“Pihak kolej memohon kerjasama semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang fakta yang tidak tepat kerana boleh mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan masyarakat,” katanya lagi

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai bapa seorang pelajar yang positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah datang ke kolej itu dan mengunjungi sebuah pasar raya di Nilai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI