fbpx

Keadaan udara, air sekitar Pusat Kualiti Alam dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba sedang memadamkan kebakaran kilang di Cenviro Sdn. Bhd (Pusat Kualiti Alam), Ladang Tanah Merah, Bukit Pelanduk, Port Dickson petang semalam. -Foto IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Keadaan udara dan air di kawasan sekitar Pusat Kualiti Alam di sini akan dipantau susulan kejadian kebakaran kilang Cenviro Sdn. Bhd. (Cenviro) berkeluasan kawasan 6,500 meter persegi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, pihaknya juga kini sedang menunggu laporan terperinci termasuk dari pihak Jabatan Alam Sekitar berkaitan kejadian berkenaan.

“Pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri juga mengambil tanggungjawab untuk menangani kejadian tersebut dengan cekap dan berkesan.

“Semoga kejadian ini dapat diatasi dengan segera dan langkah-langkah pencegahan yang diperlukan dapat diambil untuk mengelakkan berulangnya kebakaran yang sama pada masa hadapan.

“Kami masih menunggu laporan terperinci daripada Kualiti Alam dan juga Jabatan Alam Sekitar. Pada masa yang sama pihak Kualiti Alam memantau keadaan udara dan air dipersekitaran kawasan itu,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Semalam media melaporkan tempat logistik (Side A) simpanan sisa bahan kimia berjadual di Cenviro Sdn. Bhd. (Kualiti Alam), Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku petang semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, panggilan kecemasan telah diterima pada pukul 5:58 petang melibatkan keluasan kawasan 6,500 meter persegi di Shed A.

Sementara itu, pihak Cenviro menerusi kenyataan memaklumkan kejadian kebakaran di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam yang tercetus pada pukul 5.40 petang semalam telah terkawal dan meminta orang ramai khususnya penduduk sekitar tidak panik dan mengelak daripada menyebarkan maklumat palsu di media sosial mengenai kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI