fbpx
Mohd. Shafie memasukkan kertas undi ketika hadir mengundi di SK Bubul, Semporna.

Mohd. Shafie tunai tanggungjawab mengundi di DUN Senallang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh IVAN AMIRUL

SEMPORNA – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selesai mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang sekitar pukul 8.23 pagi tadi.

Beliau yang ditemani isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Bubul sekitar pukul 8.10 pagi.

Pusat mengundi berkenaan dibuka pada pukul 7.30 pagi, namun perjalanan proses pengundi bermula agak perlahan berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

DUN Senallang mempunyai seramai 14,336 pengundi berdaftar.

Mohd. Shafie berdepan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga anak saudaranya, Norazman Utoh Nain, calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Datu Pangeran Ahmad Datu Ali Alam, Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais (Parti Cinta Sabah). – K! ONLINE