fbpx

Bom lama ditemui dekat Padang Kota Lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUTIR bom lama dijumpai di lokasi pengorekkan tanah di tepi laut Pasang Kota Lama, di sini petang tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Sebutir bom lama dijumpai di lokasi pengorekan tanah di tepi laut dekat Pasang Kota Lama, di sini petang tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan bom lama di dalam tanah semasa kerja-kerja pengorekkan dilakukan pada pukul 6.10 petang tadi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan tiba kurang 10 minit kemudian.

“Kita dimaklumkan oleh pemanggil terdapat kesan berasap di lokasi tersebut sejak sehari lalu.

“Sebaik tiba bersama pasukan polis mendapati sebutir bom lama sepanjang satu kaki di lokasi. Pihak Polis telah memaklumkan kepada Unit Pemusnah Bom untuk ke tempat kejadian,” katanya di sini sebentar tadi.

Katanya, pihak bomba kini bersedia di lokasi kejadian bagi memberi bantuan kepada pasukan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI