fbpx

APMM tahan dua lagi bot nelayan Vietnam di perairan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN 24 nelayan Vietnam yang ditahan di Markas Zon Maritim Kemaman di sini hari ini.

Oleh NIK NUR IZZATI HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Dua lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki menceroboh perairan Terengganu di tahan kapal peronda Maritim Malaysia (APMM) pada kelmarin.

Kedua-dua bot nelayan tersebut ditahan pada kedudukan 130 dan 131 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman antara pukul 10.53 pagi hingga 11.19 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, Kapal Maritim (KM) Gemia yang sedang mengadakan rondaan telah terserempak dengan kedua-dua bot berkenaan.

“Sewaktu ditahan kedua-dua bot nelayan Vietnam itu sedang leka menangkap ikan secara pukat gading.

“Seramai 24 nelayan Vietnam termasuk dua tekong berusia dalam lingkungan 20 hingga 61 tahun berjaya diberkas,” katanya pada sidang akhbar di Markas Zon Maritim Kemaman dekat sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja sah.

Tambah beliau, dua bot nelayan Vietnam itu juga tidak mempunyai permit sah daripada Jabatan Perikanan untuk menangkap ikan di perairan negara.

“Hasil laut, bot, peralatan menangkap ikan dan minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM3 juta telah disita. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI