fbpx

Rayzam bimbang mahu bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAYZAM mencabar atlet-atlet muda agar mencapai had kelayakan 13.97s bagi acara 110m yang ditetapkan untuk layak secara merit ke Hanoi, Vietnam tahun depan.

Cabar pelari muda layak secara merit ke Sukan SEA 2021

AGUH 110 meter (m) lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian belum sedia mengumumkan persaraan selagi tiada pelapis-pelapis dalam acara itu yang mampu layak secara merit bersaing ke Sukan SEA.

Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 13.67 saat (s) itu bersetuju dengan keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menghantar lebih ramai atlet muda bertanding pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam hujung tahun depan.

Justeru, Rayzam, 32, mencabar atlet-atlet muda agar mencapai had kelayakan 13.97s yang ditetapkan untuk layak secara merit ke Hanoi walaupun ia boleh menjejaskan tempatnya ke temasya berprestij Asia Tenggara itu.

“Memang selama ini cuma saya seorang yang layak dalam acara tersebut. Namun, sampai bila saya mahu lari kerana tahun depan saya sudah berumur 33 tahun.

“Keputusan KOM bagus ke­rana sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan kepada atlet-atlet muda. Kalau boleh, saya cabar mereka supaya layak secara merit ke Sukan SEA 2021 iaitu 13.97s.

“Kalau ada yang layak dan le­bih bagus, barulah saya akan berhenti kerana sekurang-kurangnya sudah ada pengganti untuk acara itu. Mereka ada peluang kerana masa masih panjang,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Setakat ini, nama seperti Mohd. Rizzua Haizad Muhamad dan Ia Benedict Gawok disebut-sebut sebagai pengganti Rayzam yang sudah 13 tahun mendominasi acara 110m lari berpagar di Malaysia dan Asia Tenggara.

Malangnya, Rayzam gagal mempertahankan pingat emas dimenangi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila tewas kepada musuh baharunya dari Fi­lipina, Clinton Kingsley Bautista pada Sukan SEA 2019 di Manila tahun lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI