fbpx

Karnival Jualan Koperasi dan Harga Patut tawar barangan murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Karnival Jualan Koperasi dan Harga Patut anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bakal menawarkan barangan keperluan harian dengan harga lebih berpatutan.

Bahagian Komunikasi Korporat Angkasa berkata, program diadakan selama dua hari bermula Sabtu ini turut melibatkan Program Barangan Asas 100 (BA 100).

“Antara objektif utama penganjuran karnival itu ialah memberi akses kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan barangan keperluan dengan kadar lebih murah.

“Sebagai badan koperasi Apeks yang diiktiraf oleh kerajaan, Angkasa sedar akan tanggungjawabnya memakmurkan ekonomi masyarakat selari dengan hasrat kerajaan meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, BA100 merupakan inisiatif yang dilaksanakan Angkasa menerusi platform e-dagang dengan mengumpulkan belian barangan asas secara pukal dari kedai koperasi kepada pembekal berdaftar.

“Menerusi program BA100 juga, Angkasa menyasarkan untuk membantu lebih tiga juta isi rumah yang menjadi anggota koperasi dalam mengurangkan kos sara hidup menjelang tahun depan.

“Pengguna boleh mendapatkan barangan asas menerusi kedai runcit BA100, koperasi atau secara dalam talian melalui www.jimatshop.com,” jelasnya.

Karnival Jualan Koperasi dan Harga Patut bakal berlangsung bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang bertempat di pekarangan Pejabat Perhubungan Angkasa Negeri Sarawak di Kuching.

Ia akan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI