fbpx

Sikap Van Dijk kurang disenangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK menerima kritikan hebat ketika Liverpool mencatat kemenangan tipis ke atas Leeds pada aksi pembukaan liga ekoran aksi sambil lewanya. – AFP

LIVERPOOL – Bekas pemain antarabangsa Belanda, Wim Kieft menyelar sikap pemain pertahanan berpengaruh Li­ver­­pool, Virgil Van Dijk dan menuduhnya seorang pemain yang malas serta sambil lewa ketika beraksi di padang.

Van Dijk menjadi tonggak penting The Reds sejak beberapa musim lalu termasuk membantu pasukan itu menjulang gelaran Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

Bagaimanapun, karakter yang dipamerkan ketika mereka mencatat kemenangan tipis 4-3 ketika menewaskan Leeds pada aksi pembukaan liga nyata mengejutkan ramai pihak.

Bekas pemain Aston Villa, Gabby Agbonlahor mendakwa Van Dijk menjadi seorang pemain yang semakin sombong melalui kenyataan yang dike­luarkan selepas aksi menentang Leeds tersebut.

Terbaharu, Kieft yang memiliki 42 kap antarabangsa bersama Belanda juga senada dengan Agbonlahor mengkritik persembahan Van Dijk yang disifatkan sebagai acuh tidak acuh.

“Dia seperti hilang tum­puan. Aksinya bersama Belanda dan Liverpool seolah-olah dia adalah seorang pemain yang benar-benar bintang, seorang pemimpin yang dominan di padang menyebabkan dia tidak perlu memberikan aksi yang berlebih-lebihan berbanding rakan sepasukan lain.

“Saya juga lihat dia seorang pemain yang malas dan bersikap sambil lewa. Dia melakukan kesilapan dan selalu gagal bertindak ketika pasukan itu bertahan sedangkan dengan status sebagai pemain pertahanan utama, dia perlu berada di depan untuk mempertahankan gawang.

“Dia mengambil masa yang lama untuk berada di tahap ketika ini. Dia berhempas pulas selama dua musim untuk membuktikan kepada dunia kemampuannya, tetapi saya fikir dia perlu kekal merendah diri dan sentiasa menilai prestasi semasa,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI