fbpx

Isteri mangsa bunuh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
anggota bomba memadam kebakaran sebuah kereta jenis Honda Civic Fereo sebelum menemui mayat di tempat duduk belakang dalam kejadian di Alor Gajah pada minggu lalu.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Polis menahan empat individu termasuk isteri si mati yang mayatnya ditemui dalam sebuah beg di dalam sebuah kenderaan terbakar di Kawasan Perindustrian Ringan Kuala Ina, Pulau Sebang di sini pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, mereka ditahan secara berasingan di sekitar bandar raya Johor Bahru kelmarin.

“Kesemua suspek yang berusia 26 hingga 31 tahun ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, motif pembunuhan mangsa masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Nor Yhazid berkata, identiti mayat di dalam beg berwarna hitam itu dikenal pasti seorang lelaki berusia 31 tahun dari Johor yang bekerja sebagai pendawai elektrik.

Jelasnya, pengesahan identiti itu dibuat oleh adik mangsa. Pemeriksaan mendapati mang­sa telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di Johor sebelum mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta selepas kenderaan tersebut rosak di Alor Gajah dekat sini,” katanya.

Usaha memburu pemandu kereta yang rosak itu sedang giat dijalankan.

Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan sepasukan anggota bomba yang melakukan operasi pemadaman api terkejut me­nemui satu mayat lelaki dalam sebuah beg hitam di dalam Honda Civic Ferio di hadapan sebuah bengkel di Alor Gajah.

Beg berisi mayat itu diletakkan di kerusi penumpang belakang kereta.

Siasatan awal mendapati kereta itu yang dipandu seorang lelaki mengalami kerosakan di kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Ayer Keroh sebelum ditunda ke bengkel berkenaan.

Pemilik bengkel dan pekerjanya menunda kereta itu dan ditinggalkan di hadapan bengkel kerana pemandunya tidak membayar upah menunda kenderaan sebelum dilaporkan terbakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI