fbpx

Didenda RM20,000 jual pelitup muka RM1.50 seunit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Tindakan sebuah pasar raya di Kulai dekat sini menjual pelitup muka tiga lapisan pada harga RM1.50 seunit mengundang padah apabila didenda RM20,000.

Kompaun dikenakan ke atas syarikat itu susulan operasi yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor pada Isnin lalu.

KPDNHEP dalam satu kenyataan berkata, tindakan tegas dilaksanakan susulan menerima aduan daripada orang awam yang memaklumkan pasaraya itu menjual pelitup muka lebih pada harga siling yang ditetapkan RM1 seunit.

“Sepanjang pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), KPDNHEP Johor telah menerima 174 aduan melibatkan penjualan pelitup muka melebihi harga ditetapkan kerajaan.

“Sehubungan itu, sebanyak 3,712 pemeriksaan telah dilaksanakan melibatkan rangkaian kedai ubat, farmasi serta premis yang menjual barangan berkenaan di seluruh Johor,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan sebelum ini telah menetapkan harga pelitup muka tiga lapisan iaitu RM1 seunit, manakala pelitup muka dua dan satu lapisan masing-masing RM0.20 dan RM0.15 seunit.

Sementara itu, pelitup muka N95 ditetapkan pada harga RM6 seunit.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI