fbpx

Pesakit Covid-19 dilarang mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Individu yang disahkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, individu yang sedang dalam kuarantin dibenarkan mengundi di tempat khas yang akan disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan syarat perlu memohon kebenaran berbuat demikian daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“Selepas dibenarkan, mereka akan dibawa keluar dari stesen kuarantin masing-masing untuk mengundi.

“Bagi pengundi yang bergejala pula, mereka juga boleh hadir untuk mengundi di tempat khas yang telah disediakan oleh pihak SPR,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pengundi biasa digalakkan hadir untuk mengundi seperti waktu yang telah ditetapkan oleh SPR bagi mengelakkan kesesakan selain memastikan penjarakan fizikal dapat diamalkan.

“Bagaimanapun, jika tidak dapat hadir pada waktu yang telah ditetapkan SPR, mereka masih boleh hadir pada bila-bila masa dalam tempoh waktu mengundi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI