fbpx

Pemandu mabuk rempuh pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Myvi terbabit yang melanggar mangsa sehingga menyebabkan kematian.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikalnya dirempuh pemandu mabuk dalam satu kemalangan di Jalan Raja Laut menghala ke Jalan Ipoh di sini semalam.

Kejadian pada pukul 3 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhammad Hazeq Hakimi Romli, 17, maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu berusia 36 tahun dikatakan memandu secara merbahaya dan menyebabkan kemalangan terjadi.

“Pemandu yang memandu kereta jenis Perodua Myvi telah mengubah haluan secara melintang untuk masuk ke lorong Tiong Nam.

“Pada masa sama mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15, bergerak lurus di Jalan Raja Laut telah melanggar pintu sisi depan kiri kereta terbabit,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

Jelasnya, polis telah melakukan ujian Evidential Breath Analyzer (EBA) ke atas suspek.

“Hasil keputusan ujian mendapati, pemandu terbabit mengandungi sebanyak 165 miligram (mg) paras alkhohol dalam darah.

“Suspek ditahan reman selama selama empat hari dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI