fbpx
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja meneutralkan bahan kimia, Sodium Chlorite di Rumah Murah Kampung Fikri, Chukai, Kemaman hari ini.

Wanita sesak nafas terhidu Sodium Chlorite

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh NIK NUR IZZATI HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Seorang wanita sesak nafas terlepas terhidu wap bahan kimia, Sodium Chlorite yang dibuang secara tidak sengaja oleh kawan ayahnya ke dalam longkang di Rumah Murah Kampung Fikri, Chukai di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 petang itu, wanita berusia 30-an terbabit terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan.

Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, sebelum kejadian, seorang rakannya ayah mangsa telah datang ke rumah mereka untuk mengambil sebuah tong biru yang baru dibeli.

“Rakan ayahnya membuang sedikit cecair yang bersisa di dalam tong biru berkenaan ke dalam longkang tanpa menyedarinya ia adalah Sodium Chlorite.

“Sebaik cecair tersebut dibuang ke dalam longkang, tindak balas kimia berlaku dengan ia berubah menjadi wap selain menyebabkan letupan kecil.

“Wanita tersebut yang kebetulan berada di kawasan garaj kereta berhampiran terhidu wap bahan kimia itu sebelum mengadu pening kepala dan sesak nafas,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Azman memberitahu, Sodium Chlorite mempunyai kepekatan Potensi Hidrogen (PH) yang tinggi dan akan bertindak baas menghasilkan letupan kecil dan mengeluarkan gas beracun jika bercampur dengan air. – K! ONLINE