fbpx

Orang awam dakwa pesawat ringan terhempas di Tanjung Bunga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAWASAN didakwa sebuah pesawat ringan terhemps di perairan dekat Tanjung Bunga, George Town hari ini.

Oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Dua individu yang berada di pesisir pantai di Tanjung Bunga di sini mendakwa melihat sebuah pesawat ringan terhempas di perairan tersebut petang tadi.

Pesawat tersebut didakwa dilihat berlegar-legar di udara sebelum dikatakan terhempas ke dalam laut kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada saksi memaklumkan yang dia bersama rakannya ternampak pesawat ringan itu yang telah terhempas ke dalam laut.

“Polis bersama beberapa agensi lain telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan tersebut selepas menerima laporan.

“Namun, sehingga pukul 6.30 petang kami tidak menemui sebarang petunjuk atau bangkai pesawat yang didakwa terhempas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, turut tular di laman sosial Facebook mengenai dakwaan seorang lelaki yang mendakwa sebuah pesawat ringan terhempas di dalam laut.

Menurut Soffian, setakat ini pihak polis masih belum menerima laporan berhubung sebarang insiden pesawat terhempas daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

“Operasi dihentikan kira-kira pukul 7 petang berikutan cuaca semakin gelap dan ia akan disambung esok jika pihak polis mendapat maklumat terbaru mengenai kejadian tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Pihak polis juga memohon kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga terdiri daripada juruterbang pesawat ringan agar tampil membuat laporan polis.

“Setakat ini kami memang tidak menerima sebarang laporan daripada keluarga mangsa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI