fbpx
Aishah

Aishah Azman nafi bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Aishah Azman menafikan dia sudah bergelar tunangan orang seperti yang kecoh di laman sosial sejak minggu lalu.

Aishah, 24, memberitahu foto berbaju kurung putih yang menunjukkan dia duduk di atas pelamin hanyalah sebahagian daripada babak drama terbaharu lakonannya, Kelmarin Cinta.

“Tidak, saya belum bertunang dan tidak bercinta dengan sesiapa. Gambar itu hanya babak dalam drama baharu saya.

“Saya terkejut ramai yang menghantar mesej mengucapkan tahniah selepas gambar itu dimuat naik tetapi itu semua gimik sahaja,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambah Aishah, buat masa sekarang dia hanya mahu memberi fokus kepada kerjaya dan belum bersedia menjalin hubungan cinta.

“Saya tidak trauma dengan lelaki cuma mungkin sekarang bukan masanya lagi untuk bercinta.

“Mungkin tiga atau empat tahun lagi baru saya fikirkan soal rumah tangga,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Aishah pernah bertunang dengan aktor Syafie Naswip pada April 2019 sebelum putus pada Julai tahun sama.

Kisah hubungan mereka berdua sempat menimbulkan kekecohan dalam dunia hiburan apabila Aishah membuat laporan polis mengatakan Syafie melakukan kekasaran padanya ketika mereka bergaduh di dalam kereta.

Pihak pendakwa raya bagaimanapun membuat keputusan kes berkenaan Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana ke­terangan tidak mencukupi.

POPULAR