fbpx

SPRM lancar portal bahasa Mandarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsun Baharin (duduk, tengah) melihat portal bahasa Mandarin SPRM pada majlis pelancarannya di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan portal dalam bahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataan berkata, portal itu dilancarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd. Jamil.

“Kemudahan terbaru ini diharap dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda anti rasuah di samping menyebar luas mesej pendidikan pencegahan rasuah,” katanya.

Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI