fbpx

Nikmati hidangan lazat di Hadramawt Palace sambil berswafoto di bilik kenamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hadramawt Palace di Bukit Bintang di sini bukan sahaja terkenal kerana menawarkan menu makanan Arab dan Timur Tengah yang lazat tetapi juga keistimewaannya terletak pada dekorasi dalaman unik dan bercirikan Instagrammable.

Tetamu yang berkunjung tidak akan melepaskan peluang singgah di bilik kenamaan kerana dindingnya diukir penuh oleh pereka dalaman khas yang diterbangkan dari negara Arab.

Bilik tersebut muat untuk lapan hingga 10 tetamu dalam satu-satu masa.

Pengarah Hadramawt Palace, Faris Abdul Rahman berkata, selain tekenal untuk sesi pengambaran, restoran ber­kenaan juga terkenal dengan pelbagai hida­ngan makanan dari Timur Te­ngah seperti Lebanon, Syria dan Yemen.

“Menu popular kami ialah Nasi Arab, Nasi Mandy dan Nasi Malqubah Ayam atau Kambing.

“Hidangannya dihasilkan oleh cef-cef berpengalaman dengan memasak menggunakan rempah ratus yang diimport dari negara berkenaan,” katanya pada sesi ramah mesra bersama media di sini baru-baru ini.

Restoran yang turut diuruskan bersama tiga rakan kongsi yang lain itu memiliki keluasan yang selesa untuk menampung 300 pelanggan dan ia turut dibuka kepada mana-mana individu atau syarikat untuk menganjurkan majlis di situ.

Selain itu, Faris menerangkan bagi memudahkan syarikat korporat atau individu yang merancang untuk menganjurkan program sosial untuk sumbangan makanan, syarikat telah menyediakan pek menu pilihan nasi Arab berharga RM20 sekotak.

Tempahan set lengkap ­de­ngan nasi, pembuka selera, ­pemanis mulut dan minuman itu terbuka kepada pelanggan yang menempah lebih daripada ­20 kotak.

“Kami menerima sambutan yang menggalakkan untuk tempahan set menu ini ketika masyarakat kini sudah mula menyesuaikan diri dengan norma baharu khususnya dalam aspek hidangan makanan yang sering dibawa pulang ke rumah,” ujar­nya.

Tambah beliau, ini antara u­saha pihaknya dalam me­laksanakan pelbagai langkah pencegahan wabak Covid-19 yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Faris menerangkan, pihaknya sangat komited mengikut garis panduan, selain merekod butiran pelanggan yang datang iaitu nama penuh, nombor telefon serta mengambil suhu badan pekerja dan pelanggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI