fbpx

Polis Pulau Pinang terima 26 MPV baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sahabudin (tengah) pada Majlis Penyerahan MPV baharu jenis Honda Civic 1.8s di Pangkalan Polis Marin Wilayah Satu di Batu Uban, George Town di sini tadi.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menerima sebanyak 26 buah kereta peronda (MPV) baharu jenis Honda Civic 1.8s yang akan diagihkan ke lima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) negeri ini termasuk di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti mulai hari ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, dengan penambahan kenderaan baharu itu menjadikan jumlah MPV yang beroperasi di seluruh kontinjen Pulau Pinang ketika ini adalah sebanyak 139 buah.

Menurutnya, IPD Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan masing-masing menerima sebanyak lima buah MPV manakala empat di IPD Barat Daya.

“Apa yang saya lihat, penerimaan MPV baharu ini dapat meningkatkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara amnya dan berharap dapat meningkatkan keberkesanan tugas rondaan cegah jenayah bagi para petugas di lapangan.

“Saya percaya penerimaan ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kerana model ini mempunyai kelebihan daripada segi kepercayaan orang awam selain dapat meningkatkan keyakinan serta suasana kerja yang lebih menyakinkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan MPV di Pangkalan Polis Marin Wilayah Satu di Batu Uban di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya menaruh harapan tinggi agar kesemua pengguna kenderaan tersebut mematuhi arahan yang ditetapkan.

Jelasnya, berdasarkan statistik, hampir 80 peratus kenderaan PDRM telah melebihi had umur dan memerlukan penambahbaikan.

“Sekiranya kenderaan tersebut tidak dijaga dengan baik secara tidak langsung akan memberi kesan kepada penugasan harian,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI