fbpx
MUHAMMAD Nizam Alias (tiga dari kiri) bersama wargakerja Prasarana yang bertugas pada hari ini memperagakan kain sarong sempena Hari Malaysia di stesen LRT Pasar Seni tadi.

Pakai kain sarong sambut Hari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Malaysia dengan menggayakan kain sarong.

Menariknya, penggayaan kain sarong itu bukan sahaja digayakan oleh kakitangan Prasarana yang bertugas di Lembah Klang malah melibatkan petugas di Rapid Penang di Pulau Pinang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Muhammad Nizam Alias berkata, meskipun negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun ia bukan penghalang terhadap sambutan itu.

“Pada tahun ini, kami menggalakan petugas barisan hadapan yang bekerja untuk memakai kain sarong bagi menyokong usaha dianjurkan pihak Locco dengan mematuhi amalan norma baharu.

“Inisiatif memakai kain sarong ketika menaiki pengangkutan awam adalah cara untuk mempromosi warisan budaya khususnya dalam kalangan generasi muda,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Katanya, pemakaian kain sarong itu turut melambangkan identiti rakyat Malaysia selain menjadi antara medium menyatupadukan perpaduan kaum di negara ini.

Sementara itu, sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang dimeriahkan dengan nyanyian lagu-lagu rakyat seperti Rasa Sayang Hey, Chan Ma Li Chan, Jong Jong Inai, Sehati Sejiwa dan Ewa Bulan di Terminal Bas Weld Quay.

Kakitangan Rapid Penang turut menaiki bas 204 menuju ke Bukit Bendera sambil mengedarkan Jalur Gemilang kepada para penumpang. – K! ONLINE