fbpx
Gambar hiasan

137 pengunjung di kompaun berhibur di kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 137 pengunjung termasuk empat warga asing dikompaun susulan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan berhibur di sebuah kelab malam di Jalan Telawi 5, Bangsar di sini malam tadi.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 12.40 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil serbuan itu pihaknya menahan lima individu termasuk seorang penjaga premis.

“Selain itu, seramai 137 pengunjung termasuk empat warga asing turut dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Peraturan 3 Peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (langkah-langkah di jalan kawasan tempatan jangkitan) 2020.

“Turut dirampas pelbagai peralatan audio selain resit, komputer riba serta sejumlah wang tunai,” katanya kepada Kosmo! hari ini. – K! ONLINE