fbpx

Jangan alpa, kita belum menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
FIRDAUS HASSAN
PENOLONG PENGARANG BERITA

Sehingga kelmarin kes positif Covid-19 yang direkodkan di negara ini adalah sebanyak 9,915. Jumlah itu kian menghampiri angka 10,000 kes penularan harian.

Negara pada Julai lalu pernah beberapa kali mencatatkan sifar penularan. Keadaan pada masa itu memberi kelegaan pada orang ramai.

Itu adalah isyarat bahawa tindakan yang dilakukan kerajaan berada pada landasan betul. Kebelakangan ini, peningkatan kes sehingga pada Jumaat lalu kes harian mencatatkan 182 kes.

Dalam pada itu, bermula Jumaat juga kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di 28 mukim di Kota Setar, Kedah.

PKPD sehingga 25 September depan itu memberi kesan kepada 366,787 penduduk di kawasan tersebut. Keputusan kuarantin itu dibuat berikutan peningkatan kes dalam Kluster Sungai dan Telaga.

Selain dua kluster itu, kluster yang turut direkodkan di Kedah ialah Kluster Sivagangga, Tawar, Muda dan Sala.

Manakala di Sabah, Kluster Benteng LD setakat kelmarin mencatatkan 403 kes dan dijangka angka tersebut akan terus meningkat.

Belum reda kluster tersebut wujud pula Kluster Laut di Kunak. Kluster ini tercetus selepas seorang lelaki warga Filipina menyusup masuk ke Sabah untuk bertemu dengan isterinya yang sarat mengandung.

Negara pernah berada pada tahap terbaik dalam usaha menangani penularan pandemik ini.

Kealpaan dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal memberi bahana kepada usaha keras kerajaan itu.

Penulis mula melihat trend segelintir masyarakat yang seolah-olah mula berasakan Malaysia sudah bebas Covid-19. Tidak perlu kita ambil contoh negara lain seperti Jepun atau Korea Selatan.

Setiap hari, pelbagai tindakan undang-undang seperti tangkapan, kompaun dan reman diambil pihak berkuasa dan paling menonjol ialah kesalahan berhibur di kelab malam atau berparti.

Sikap degil tersebut jika tidak ditangani mungkin segala kerja keras serta pengorbanan selama ini akan menemui kegagalan.

Orang ramai sendiri perlu memainkan peranan untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Golongan degil ini mungkin tidak ramai berbanding mereka yang tetap mengikuti saranan kerajaan sejak awal PKP pada Mac lalu.

Penulis ingin menghamburkan pujian setinggi langit kepada rakyat yang tetap berdisplin sehingga kini. Ingat kita belum menang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI