fbpx

24,500 peluang kerja ditawarkan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd.Khairuddin (tiga dari kiri) melakukan gimik pelancaran Selangor Mega Jobfair 2020 di Bangunan SUK hari ini. Foto ABDUL RAZAK IDRIS

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Sebanyak 24,500 jawatan ditawarkan daripada lebih 60 buah syarikat kepada pencari kerja di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd.Khairuddin Othman berkata, tawaran itu susulan jumlah data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) mendapati sebanyak 20,000 individu telah menjadi penganggur didaftarkan di negeri ini.

“Unjuran tahun hadapan akan berlaku pertambahan pengangguran sebanyak 4.2 peratus.

“Justeru, tahun ini kita tawarkan sebanyak 24,500 jawatan kosong pelbagai sektor terutama perindustrian dan perkhidmatan,”katanya selepas melancarkan Selangor Mega Jobfair 2020 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) hari ini.

Menurut beliau, karnival kerjaya akan diadakan yang bermula di Pusat Konvesyen Shah Alam selama dua hari bermula 3 Oktober depan dengan menyasarkan 15,000 pengunjung dan menawarkan 5,000 peluang pekerjaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI