fbpx

23 kes baharu Covid-19, satu lagi kluster dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 23 kes Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada kluster baharu iaitu Kluster Pulau di Kunak, Sabah.

Angka kes hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,969 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 adalah 632 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes dilaporkan hari ini, 13 kes adalah penularan tempatan di Sabah melibatkan 10 warga Malaysia dan tiga warga asing.

Menurutnya, kes indeks Kluster Pulau iaitu kes ke-9,940 adalah seorang wanita warga Malaysia berusia 68 tahun.

“Dia ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan dibawa ke Hospital Tawau bagi rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati.

“Saringan Covid-19 didapati positif pada 13 September dan warga emas itu dirawat di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes aktif, lapan kes positif Covid-19 dikesan membabitkan ahli keluarga kes indeks.

“Sehingga hari ini sejumlah 128 individu telah disaring dalam kluster ini terdiri daripada 109 warga Malaysia dan 19 warga asing,” katanya.

Noor Hisham berkata, pertembahan kes turut membabitkan Kluster Benteng LD  dengan empat kes dilaporkan membabitkan warga asing.

Katanya, satu lagi kes penularan tempatan ialah kes saringan dari Hospital Semporna ke Hospital Tawau.

Bagi kes import pula, beliau berkata, 10 kes dilaporkan dari negara Filipina, Hungary, Turki, Qatar, Bangladesh, Nigeria dan Maghribi membabitkan lima warga Malaysia dan lima warga asing. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI