fbpx

Selepas Hammock, Lubuk Yu dibangunkan Taman Orkid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peserta yang menyertai Hammok Fest 2020 di Taman Ekorimba Lubuk Yu Maran, Pahang.

ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

MARAN – Kawasan Rekreasi Taman Ekorimba Lubuk Yu yang terkenal dengan aktiviti berehat dalam buaian atau ‘hammock’ akan menerima tarikan baharu apabila bakal dibangunkan dengan projek Taman Orkid.

Pegawai Daerah Maran, Sharuddin Jali berkata, tarikan baharu pelbagai jenis orkid itu akan menggunakan sebahagian daripada peruntukan RM500,000 bagi menaiktaraf kawasan tersebut.

“Pejabat Daerah Maran telah berkolaborasi dengan Jabatan Perhutanan Pahang yang bertanggungjawab melaksanakan projek dicadangkan itu yang dijangka menjadi kenyataan dalam Hammook Fest 2021.

“Bagaimanapun setiap projek di kawasan Taman Ekorimba Lubuk Yu ini tetap mengutamakan penjagaan alam semula jadi tanpa menjejaskan flora dan fauna,”katanya pada majlis penutup Hammook Fest 2020 kali keenam  di Taman Ekorimba Lubuk Yu di sini semalam.

Menurut Sharuddin, selain membangunkan Taman Orkid, peruntukan itu juga akan digunakan bagi meningkatkan kemudahan tapak perkhemahan dan pembinaan dewan serbaguna untuk kemudahan pengunjung. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI