fbpx

Golongan pendidik harus pastikan SOP dilaksanakan dengan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (tiga dari kiri) di Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pendidikan Daerah Kudat hari ini.

Oleh IVAN AMIRUL

KUDAT – Kementerian Pendidikan (KPM) meminta warga pendidik seluruh negara memastikan semua pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) membabitkan Covid-19 dijalankan dengan baik bagi mengelak penularan wabak berkenaan dalam kalangan pelajar.

Menterinya, Dr. Radzi Jidin berkata, pendekatan itu adalah untuk memastikan tiada sebarang penutupan semula sekolah berikutan Covid-19.

“Ia berikutan proses bagi membuka kembali sekolah adalah suatu proses yang cukup rumit.

“Kita akan terus berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di peringkat pengurusan bencana negeri untuk melihat sama ada wujud keperluan penutupan sekolah atau tidak sekiranya berlaku sebarang kes,” katanya ketika berucap sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pendidikan Daerah Kudat hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPM, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Perancangan) KPM, Datuk Azizan Mohamad Sidin dan Pengarah Pendidikan Sabah, Dr. Mistirine Radin.

Berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kudat II, Radzi turut menyempurnakan penyerahan sijil dan surat tawaran kepada pelajar bagi program Menggapai Impian, program Jom Tinggal Di Asrama dan program Langkah Kembali ke Sekolah.

Seramai sembilan orang pelajar sudah menerima surat tawaran Program Menggapai Impian, 11 orang murid B40 diterima masuk ke Program Jom Tinggal di Asrama dan 22 orang pelajar menerima surat tawaran kemasukan ke sekolah.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi menerusi kenyataan hari ini memaklumkan keadaan wabak Covid-19 di Sabah ketika ini berada pada tahap membimbangkan.

Tawau dan Lahad Datu kini dikategorikan sebagai kawasan merah ekoran terdapat kes warga emas disahkan positif selepas mendapatkan pemeriksaan di sebuah klinik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI