fbpx

Polis keluarkan 77 dalam Ops Didik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Sebanyak 77 saman dikeluarkan polis dalam Ops Didik yang diadakan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kota Tinggi di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, operasi itu dilakukan bagi memastikan penunggang motosikal khususnya pelajar mematuhi undang-undang jalan raya.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang mengeluarkan sebanyak 77 saman kerana pelbagai kesalahan melalui Ops Didik di Kilometer 84.5 Jalan Kota Tinggi – Kluang.

“Operasi yang diadakan bermula jam 12.30 tengahari hingga 3.30 petang itu berjaya membuat pemeriksaan ke atas 92 buah motosikal melibatkan 93 orang penunggang dan pembonceng termasuk pelajar sekolah.

“Operasi itu dilakukan berikutan aduan daripada orang ramai berkaitan pematuhan undang-undang jalan raya khususnya penunggang motosikal yang melalui jalan berkenaan terutama sekali pelajar sekolah,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, hasil daripada pemeriksaan itu, polis mengeluarkan saman berikutan mereka melakukan kesalahan kerana tiada lesen memandu yang sah, cukai jalan tamat tempoh serta motosikal tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Menurut Abdul Razak, kesalahan lain yang dikesan adalah mengubah suai ekzos, tidak memasang cermin sisi serta eksosari tidak sempurna.

“Operasi seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa dan ianya hanyalah bertujuan untuk mendidik pengguna jalan raya,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI