fbpx

Mutyara tawar peluang perniagaan berpotensi tanpa modal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – A Klasse Essentials Sdn.Bhd., pengeluar produk penjagaan kesihatan, Mutyara yang telah berada di pasaran sejak tiga tahun lalu optimis terhadap pengukuhan jenamanya bakal membantu lebih ramai orang menjadi usahawan berjaya.

Pengasas syarikat, Tya Ariffin berkata, testimoni positif daripada pelanggan sedia ada dan pengalamannya sendiri yang mengamalkan jus kesihatan yang diolah daripada resipi turun temurun keluarganya dari Indonesia itu membuatkan promosi produk berkenaan menjadi mudah dan diyakini pasaran.

Menurutnya, sehingga kini, syarikat memiliki lebih daripada 6,000 pengedar termasuk usahawan dropship di seluruh negara.

“Melalui pembukaan Wisma Mutyara yang dilancarkan di Puchong, kami akan menyediakan ruang dan peluang kepada usahawan untuk mendapatkan latihan dan bimbingan bagi menjual produk dan berjaya menjana pendapatan baik setiap bulan.

“Saya sangat berbesar hati untuk membantu golongan ibu tunggal, usahawan wanita dan mereka yang menganggur di luar sana kerana wabak Covid-19 setelah diberhentikan kerja untuk menyertai syarikat bagi membina kerjaya masing-masing.

“Malah, kami menawarkan peluang perniagaan yang menjana pendapatan tambahan dengan tanpa mengeluarkan modal untuk menjadi usahawan dropship,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Wisma Mutyara dan sesi promosi produk minuman kesihatan Mutyara keluaran syarikat di Puchong baru-baru ini.

Tya menerangkan, antara bahan semulajadi yang digunakan bagi pemprosesan minuman kesihatan itu ialah kunyit, manjakani, akar serapat, kunyit, ubi bit, kacip fatimah, habatussauda dan madu agar lebih memiliki rasa yang lebih sedap.

Tambah beliau, produk yang dijual pada harga RM68 sebotol itu bakal membantu meningkatkan tahap kesihatan dalaman wanita dan tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan kerana ia telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Mengulas lanjut, Tya bercadang untuk menawarkan produk Mutyara dalam bentuk sachet pada masa depan bagi memenuhi permintaan pelanggan dan gaya hidup masyarakat kini yang semakin berubah.

Jelasnya, ia bakal diperkenalkan menjelang akhir tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI