fbpx

Kereta terbalik rempuh tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 16, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, dekat sini, petang tadi.

NOR AINNA HAMZAH

JEMPOL – Seorang pembeli buah kelapa sawit berhadapan detik cemas apabila terbabit dalam nahas di kilometer 16, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, mangsa berusia 40-an dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah selepas mengalami kecederaan parah.

Menurut Jurucakap polis, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Yaris dalam perjalanan dari arah Batu Kikir menghala ke Simpang Pertang.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiang elektrik di kiri jalan dan kemudian kereta tersebut terbalik.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya, dekat sini, tadi.

Jurucakap polis berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI