fbpx

Hajiji mungkin KM jika menang PRN Sabah – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

Oleh IVAN AMIRUL

TUARAN – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor bakal dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama rakan sekutunya menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN menyatakan bayangan itu ketika berucap sempena kunjungan beliau di Pejabat Bersatu Tuaran bagi memberikan semangat kepada calon Bersatu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor sebelum mengemukakan pencalonan di Dewan Seri Sulaman hari ini.

“Kita harus bekerja untuk membantu calon kita. Manalah tahu rakan-rakan kita dalam PN, Barisan Nasional (BN) dan lain-lain pun bersetuju.

“Hajiji adalah calon terbaik untuk kita tawarkan sebagai individu yang memimpin negeri ini.

“Oleh itu, beliau harus diberikan sokongan untuk memenangi kerusi DUN Sulaman.

“Sekiranya Allah izinkan Hajiji memenangi PRN nanti, pastinya beliau bakal nanti dipilih menjadi wakil rakyat di sini,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi ucapan sama, Muhyiddin turut mengumumkan kerjasama PN, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) bakal dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah apabila memenangi PRN Sabah pada 26 September nanti.

Sementara itu, mengulas mengenai bayangan Perdana Menteri mengenai pelantikkan Hajiji selaku Ketua Menteri, Hajiji berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan apabila tiba waktunya.

“Tiada makluman khusus berkaitan perkara ini tetapi kita bersama parti rakan BN dan PBS akan selesaikan isu ini.

“Perkara utama yang penting ketika ini adalah meraih kemenangan dalam PRN Sabah,” katanya.

Mengulas mengenai Gabungan Rakyat Sabah yang baru diumumkan Perdana Menteri, Hajiji berkata, nama itu dipilih kerana dilihat suatu nama yang baik untuk ditawarkan kepada rakyat selepas Parti Warisan Sabah (Warisan). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI