fbpx

19 individu berhibur di pusat hiburan haram dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh NIK NUR IZZATI HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Seramai 19 individu termasuk seorang warga asing ditahan ketika sedang asyik berhibur di sebuah pusat hiburan tidak berlesen di Chukai di sini hari ini.

Serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu menahan 12 lelaki dan tujuh wanita yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kesemua individu berkenaan telah dikompaun RM1,000 setiap seorang atas kesalahan gagal mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Mereka sedang leka berhibur tergamam apabila diserbu sepasukan polis telah bertindak menghentikan muzik.

“Sewaktu ditahan, kesemua individu berkenaan didapati mengabaikan SOP normal baharu terutama penjarakan fizikal,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, siasatan awal mendapati pusat hiburan berkenaan beroperasi tanpa lesen dan ia berselindung di sebalik perniagaan premis makanan.

Beliau berkata, pemilik premis berkenaan juga gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah kepada pihak polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI