fbpx

Pramugari Shiela ‘layan’ penstriman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIELA bijak membahagikan masa sebagai pramugari sepenuh masa dan pada masa sama melakukan aktiviti penstriman yang dianggapnya sebagai hobi ketika ini.

KERJAYA glamor sebagai pramugari tidak pernah menghalang minat Nur Khaliza Asilah Mohd. Khazin untuk menceburi bidang permainan video kegemaran yang turut dikongsi menerusi penstriman di laman sosial ­miliknya.

Nur Khaliza yang mesra dipanggil Shiela mengakui dirinya masih baharu dalam arena ­penstriman langsung kerana ia hanya berlaku selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ekoran penularan pandemik Covid-19 pada Mac lepas.

Kata Shiela, minatnya terhadap permainan video sudah cukup lama kerana ketagih untuk melayan permainan Dota 2 sejak di bangku sekolah lagi, tetapi hanya mula serius melakukan penstriman kira-kira enam bulan lepas.

SHIELA mendedahkan minatnya terhadap permainan video sudah cukup lama kerana ketagih melayan permainan Dota 2 sejak di bangku sekolah.

“Saya menceburi bidang penstriman secara langsung ini sehari sebelum PKP dilaksanakan. Ia disebabkan oleh hasutan yang dilakukan adik saya yang mencadangkan supaya meluangkan masa dengan bermain permai­nan video sepanjang berada di rumah.

“Secara jujur, saya tidak pernah terfikir untuk melakukan penstriman langsung yang ditonton secara umum memandangkan saya bekerja sepenuh masa sebagai pramugari dan atas faktor itu, ia menghalang minat saya sebelum ini.

“Namun, saya berusaha untuk menceburi bidang baharu ini walaupun pada awalnya agak sukar mendapatkan penonton kerana tidak memiliki ramai pengikut seperti atlet e-Sukan yang ter­kenal.

“Cuma, saya percaya kepada rezeki dan berusaha keras untuk kekal online secara langsung sekurang-kurangnya tiga jam sehari sehingga akhirnya berjaya menarik minat penonton,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Shiela telah mengeluarkan modal sebanyak RM4,000 untuk kelengkapan komputer dan menjadikan streamer
AS iaitu Pokimane sebagai idola.

Mengulas lanjut, Shiela yang menggunakan nama Glitter Gaming sebagai jenama di ­Facebooknya percaya apa yang dilakukan itu adalah usaha dan alternatif untuk mencari pendapatan sampingan.

“Semua tahu pandemik Co­vid-19 telah membuatkan sektor pelancongan agak terjejas dan ramai hilang pekerjaan. Jus­teru, sebagai pramugari, Shiela perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan dan bidang penstriman ini adalah platform alternatif yang mudah untuk dilakukan,” katanya yang berusia 27 tahun.

Shiela mengakui masih lagi belum bersedia untuk bermain secara kompetitif dengan me­nyertai mana-mana kejohanan ­ e-Sukan profesional kerana ha­nya mengganggap karier kedua itu sebagai hobi.

“Bagi bersaing secara ­kompetitif mungkin agak sukar saya berikan komitmen kerana apa yang saya lakukan itu tidak lebih sekadar hobi. Namun, pada masa sama saya tetap serius dengan setiap perkara yang saya lakukan.

“Boleh bayangkan apabila anda bermula dengan kosong tetapi kini Glitter Gaming sudah boleh mencapai lebih 6,000 pengikut di Facebook dan pada saya ia memberi kepuasan maksimum.

“Justeru, saya berharap untuk terus kekal melakukan aktiviti penstriman kerana ia juga sebahagian daripada e-Sukan, tetapi saya perlu bijak membahagikan masa,” kata Shiela yang menjadikan streamer Amerika Syarikat (AS), Pokimane sebagai idola.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI