fbpx

Koeman mahu Coutinho kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COUTINHO bakal menjadi tonggak utama Koeman untuk kembali memulihkan Barcelona musim depan. – AFP

BARCELONA – Pemain tengah Barcelona, Philippe Coutinho hampir pasti akan terus kekal bersama kelab itu selepas per­bincangan bersama jurulatih, Ronald Koeman, menurut ejen pemain berkenaan.

Pemain antarabangsa Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab di England selepas Bayern Munich yang meminjamnya musim lalu membuat keputusan untuk tidak mendapatkannya secara kekal.

Coutinho kembali ke Barcelona dengan persepsi yang kurang baik ketika dia menjaringkan dua gol ketika membantu Ba­yern menewaskan kelab itu 8-2 pada aksi Liga Juara-Juara sebelum ini.

Bagaimanapun, kehadiran Koe­­man memberi peluang untuk Coutinho kembali membuktikan kemampuannya bersama The Catalan.

Ejen Coutinho, Kia Joorabchian secara jelas mengakui kliennya itu akan kekal di Camp Nou dan masih mempunyai peluang untuk menyinar bersama pasukan itu.

“Ya. Koeman telah memang­gilnya selepas dia membantu Bayern merangkul kemenangan Liga Juara-Juara. Jurulatih itu mahu dia kembali ke Barcelona dan mempunyai perancangan untuknya.

“Dia sepatutnya kembali pada 7 September tetapi Countinho sudah berada di Barcelona pada awal September kerana tidak mahu hilang momentum dan kecergasan bagi menjalani latihan bersama Barcelona.

“Ada beberapa tanda bahawa Barcelona akan mengalami perubahan secara dramatik. De­ngan pemain yang mereka miliki seperti Coutinho, Ousmane Dem­bele dan Antoine Griezmann, saya fikir mereka mampu berubah berbanding musim lalu.

Biarpun Koeman memberi peluang kepada Coutinho, peluang yang sama mungkin tidak akan diterima oleh penyerang mereka, Luis Suarez yang terpaksa menerima tawaran daripada Juventus.

Suarez dilaporkan sudah bersetuju dengan terma kontrak selama tiga tahun yang ditawarkan oleh kelab Itali itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI