fbpx

Tukar bekas lombong jadi kolam ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Yunus dan Zaki pada sidang media bagi perlaksanaan Projek Perikanan Bandar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Kawasan bekas lombong seluas 110 hektar di Kinta dan Kampar akan dimanfaatkan oleh kerajaan negeri Perak untuk dimajukan bagi Projek Perikanan Bandar yang akan diusahakan oleh 11 komuniti nelayan setempat tidak lama lagi.

Antaranya ialah di Kampung Changkat Tin, Makam Teja dan Kampung Redang Sawa yang kesemuanya terletak di Kinta manakala lokasi di Kampar seperti Taman Aman dan Malim Nawar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan Perak, Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata, peruntukan sebanyak RM1.7 juta telah disediakan bagi menjayakan program itu yang dijangka dimulakan Oktober ini.

Menurut beliau, inisiaitif berkenaan merupakan usaha kerajaan negeri bersama Jabatan Perikanan negeri Perak melibatkan penyertaan penduduk setempat seperti golongan B40 dan mereka yang hilang pekerjaan disebabkan pandemik Koronavirus (Covid-19).

“Ia juga bagi memenuhi permintaan ikan air tawar yang sangat baik di kawasan bandar terutamanya di Kinta dengan jumlah penduduk hampir 900,000 orang.

“Ikan-ikan yang diternak pula adalah jenis yang digemari ramai dan mengikut selera orang bandar seperti ikan tilapia merah, patin, jelawat, Iampam dan lain-lain spesies yang bernilai tinggi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan negeri Perak, Zaki Mokri.

Ketika ini seluas 2,250 hektar kolam bekas lombong telah dibangunkan untuk penternakan ikan dengan nilai ekonomi yang dicatatkan pada tahun lalu ialah kira-kira RM122 juta.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI