fbpx

Skrin bersaiz besar Huawei Y6p

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPESIFIKASI yang ada pada telefon pintar ini pasti menarik minat pengguna yang mencari peranti pada harga mampu milik.

PASARAN telefon pintar di negara ini rancak dengan pelbagai penawaran terkini peranti tersebut.

Huawei antara salah satu syarikat yang sentiasa menampilkan model-model terkini telefon pintar di pasaran.

Antara salah satu produk dipertaruhkan oleh syarikat itu adalah Huawei Y6p.

Huawei Y6p adalah satu peranti kelas pertengahan yang memenuhi spesifikasi perlu ada pada sesebuah telefon pintar.

Hadir dengan skrin yang agak besar iaitu berukuran 6.3 inci serta resolusi 720×1600 pixel, peranti tersebut sesuai untuk mereka yang gemar menonton video dengan mengunakan telefon pintar.

Baru dilancarkan pada Mei lalu, Huawei Y6p dijana dengan cip MediaTek Helio P22 dan disertakan dengan memori capaian rawak (RAM) sebesar 4 Gigabyte (GB).

Ruangan storan dalam peranti itu adalah sebesar 64GB dan boleh ditambah melalui sokongan kad microSD.

Peranti pintar itu dijana dengan platform Android 10 dan hadir dengan sokongan AppGallery bagi menggantikan Google Play Store.

Kualiti kamera yang ditawarkan oleh peranti itu juga cukup baik yang mana lensa kamera adalah 13 mega piksel (MP) untuk kamera utama dan 5MP bagi ka­mera sudut lebar.

Bagi kamera hadapan untuk lensa swafoto adalah 8MP.

Seperti telefon pintar lain di pasaran Huawei Y6p turut disertakan dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Apa yang menarik untuk peranti ini adalah kapasiti baterinya sebesar 5,000mAh yang akan memberikan jangka hayat penggunaan lebih lama.

Kekemasan pada bahagian badan peranti itu juga cukup baik dan kelihatan mewah walaupun ianya dibina menggunakan plastik.

Peranti pintar itu didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu phantom purple, midnight black dan emerland green dan ditawarkan pada harga RM559.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI