fbpx

Selaras semula Program Biodiesel B20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi akan melaksanakan penyelarasan semula Program Biodiesel B20 bagi sektor pengangkutan ekoran pandemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, penyelarasan itu adalah sebahagian usaha bagi menyokong produktiviti agrikomoditi melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRE PRIHATIN).

Beliau berkata, pelaksanaan program itu akan bermula di Sarawak pada 1 September, Sabah (1 Januari 2021) dan Semenanjung Malaysia pada 15 Jun 2021.

“Pelaksanaan Program Biodiesel B20 di sektor pengangkutan adalah satu langkah proaktif kerajaan bagi menggalakkan penggunaan minyak sawit domestik dengan anggaran pertambahan penggunaan minyak sawit sebanyak 534,000 tan setahun.

“Menerusi program itu juga, kira-kira 1.06 juta tan minyak sawit setahun akan digunakan dalam negara sekali gus menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 3.2 juta tan karbong dioksida setara setahun,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan kementerian di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan telah melaksanakan Program Biodiesel B20 di sektor pengangkutan secara berfasa yang bermula di Langkawi pada 1 Januari lalu serta Labuan bermula 15 Januari lalu.

Namun, Khairuddin berkata, ianya dilaksanakan berdasarkan kesediaan naik taraf depoh pengadunan biodiesel dengan kerjasama syarikat-syarikat petroleum.

Pada masa sama, katanya, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan projek Bantuan Input Pertanian Pekebun Kecil di Bawah Sektor Perladangan dan Agrikomoditi sepanjang tahun ini bagi menyokong produktiviti agrikomoditi juga,

Khairuddin berkata, peruntukan tambahan itu adalah secara one-off kepada pekebun kecil lada, koko dan kenaf.

“Sebanyak RM2.69 juta untuk sektor koko, RM16.11 juta untuk sektor lada dan RM1.2 juta untuk sektor kenaf,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama, Khairuddin turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 20 penjawat awam di kementeriannya yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI