fbpx

[VIDEO] Padah lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Iswara yang terbalik dalam nahas membabitkan empat buah kenderaaan di lampu isyarat simpang empat Jalan Bukit Baru-Duyung, Melaka pagi tadi.

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA – Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta dipandu secara melawan arus terbalik dalam nahas membabitkan empat buah kenderaaan di lampu isyarat simpang empat Jalan Bukit Baru- Duyung di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi itu, mangsa berusia 50-an dikatakan bertindak memandu secara melawan arus arah Duyung menuju ke Bukit Katil bagi mengelak kesesakan di lampu isyarat berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan II, Abdillah Hamid berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat pukul 7.28 pagi.

Katanya,  sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan empat buah kenderaan iaitu Proton Iswara, Proton Waja, kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra dan Perodua Viva.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Iswara yang datang dari arah Duyung dipandu secara melawan arus untuk mengelak kesesakan lampu isyarat menuju ke Bukit Pulau.

“Pada masa sama, tiga lagi kenderaan terbabit datang dari arah Bukit Pulau menuju ke Bukit Katil menyebabkan berlaku rempuhan sebelum Proton Iswara terbalik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya,  mangsa yang cedera telah dikeluarkan orang awam sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI