fbpx

Covid-19: 100 kes baharu, 62 positif di Kluster Benteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kes baharu jangkitan Covid-19 melonjak ke angka tiga digit hari ini selepas merekodkan 100 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara sebanyak 9,559 dengan kes aktif adalah 295.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 85 kes membabitkan penularan tempatan manakala 15 adalah kes import.

Beliau berkata, daripada 85 kes tempatan, 62 daripadanya dilaporkan di Kluster Benteng LD di Sabah manakala baki sebanyak 23 kes di Kluster Sungai di Kedah.

“Salah seorang anggota petugas kesihatan yang didapati positif di Kluster Sungai didapati telah menjangkiti tujuh ahli keluarganya.

“Mengambil iktibar kejadian ini, kementerian menggesa semua petugas kesihatan dan barisan hadapan pelbagai agensi untuk mengambil serius situasi Covid-19 dalam negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Berhubung Kluster Benteng, Noor Hisham berkata, keadaan adalah terkawal kerana ‘terasing’ daripada orang awam berikutan kes-kes positif adalah di lokap tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

“Kluster ini sama seperti kluster-kluster depoh tahanan Imigresen yang berlaku di negara kita sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, 15 kes import yang dilaporkan semalam mendapat jangkitan dari India, Indonesia, Pakistan dan Filipina.

“Kes dari India mencatatkan angka paling tinggi dengan enam kes dikesan di Selangor, empat di Kuala Lumpur dan satu di Negeri Sembilan.

“Selain itu, kes Indonesia dikesan di Selangor dengan dua kes manakala masing-masing satu kes di Selangor dan Kuala Lumpur dari Pakistan serta Filipina,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI