fbpx

Bos mafia makan jari pengawal dalam pergaduhan di penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ROM – Seorang bos mafia Sicily yang menjalani hukuman penjara seumur hidup menggigit sehingga putus dan menelan satu jari seorang pengawal penjara semasa pergaduhan, demikian menurut laporan akhbar Itali hari ini.

Akhbar Messagero melaporkan bahawa Guiseppe Fanara, 60, yang dikurung di penjara Rebibbia, Rom, menyerang tujuh pengawal penjara pada Jun lepas semasa mereka datang memeriksa sel penjaranya.

Fanara yang mengetuai kumpulan mafia Cosa Nostra telah menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun. Bos mafia diasingkan daripada banduan lain bagi mengelak mereka menguruskan kumpulan masing-masing dari penjara.

“Semasa pergelutan, Fanara menggigit jari kelingking kanan pengawal itu sampai putus,” kata akhbar berkenaan.

Bos mafia itu kemudian menyerang enam pengawal lain menggunakan penyapu sebagai senjata. Dia didakwa menjerit: “Saya akan sembelih kamu seperti babi!”

Fanara kemudian dipindahkan ke penjara kawalan maksimum Sassari di Sardinia dan berdepan beberapa pertuduhan baharu termasuk menghalang tangkapan dan melakukan serangan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI