fbpx

Tanpa ke pawagam, Jebat kutip RM1.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSTER filem Jebat.

KUALA LUMPUR – Filem lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose, Jebat berjaya mencatat RM1.3 juta dalam masa empat hari tayangan walaupun tidak ditayangkan di pawagam.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui satu hantaran status Instagram rasmi, Astro Shaw sebentar tadi.

“RM1.3 juta dalam masa empat hari tayangan. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menonton filem Jebat,” tulis kenyataan tersebut.

Sementara itu, Sharnaaz melalui Instagramnya meluahkan rasa gembiranya dengan kejayaan tersebut.

“Semua rezeki Allah punya bukan kita punya. Bakat dan seni ini Allah kasi pinjam sahaja,” tulis Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, sebentar tadi.

Selain Sharnaaz dan Nelydia, filem Jebat menampilkan pelakon Idris Khan, Peter Davis, Carmen Soo, Rahim Buang, Sangeeta Krisnasamy dan Louisa Chong.

Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin. Pada masa sama, Jebat cuba menyembunyikan kehidupan lampaunya sebagai kaki gangster daripada isteri (Nelydia Senrose) tercintanya.

Filem ini merupakan versi filem bagi drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang pernah mencipta fenomena dalam kalangan peminat pada 2013.

Filem arahan Jamal Khan tersebut ditayangkan menerusi Astro First saluran 480 bermula 3 September 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI